Jumaat, 2009 Februari 20

ANUGERAH KECEMERLANGAN PPD SEGAMAT & JPMM-DUN KEMELAH







Majlis penyampaian sijil kecemerlangan UPSR dan saguhati diadakan di KFC Segamat pada 21.2.2009, jam 10.00 pagi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB En. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah, Johor dan telah dihadiri oleh semua pelajar cemerlang 2008 atau wakilnya.

Rabu, 2009 Januari 21

PENDAFTARAN TING.1 MRSM KOTA PUTRA

Wan Amirul Asyraf Bin W. Zainuzzaman telah mendaftar di Tingkatan 1, MRSM (Agama) Kota Putra, Besut, Terengganu bagi Program Ulul Albab pada hari Isnin, 19 Januari 2009. Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh YB. Dato' Saifuddin bin Abdullah, Timb. Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi.

KEPUTUSAN PMR 2008

Keputusan PMR 2008: Tahniah di atas kejayaan Nurhafidzah Binti Mazli Zakuan yang memperolehi 7A 2B dan Wan Norfatihah Binti Wan Radzi yang memperolehi 7A 1B 1C.
Selamat Maju Jaya.

Sabtu, 2008 November 29

SEJAMBAK BUNGA SEKALUNG TAHNIAH


Tahniah di atas penganugerahan Diploma Sains Aktuari kepada Wan Nursyahidah dalam Majlis Konvokesyen UiTM yang berlangsung di Shah Alam pada 29 November 2008. Kini beliau sedang mengikuti pengajian di institusi yang sama di peringkat ijazah pertama.

Khamis, 2008 November 13

KEPUTUSAN UPSR 2008


Syukur allhamdulillah dan tahniah di atas kejayaan Wan Amirul Asyraf mencapai 5A dalam peperiksaan tersebut. Juga kepada Muhammad Amin yang memperolehi 2A 2B 1C.

Rabu, 2008 November 12

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008


Asyraf, Rifqy & Irdina bersama piala dan sijil dalam majlis yang berlangsung pada 12.11.2008 di SK Segamat Baru.

Jumaat, 2008 November 07

GENERASI KE-3 (CICIT PERTAMA - DIANA)


MUHAMMAD HADIF BIN MOHD. ROSLAN


Saksikan foto terbaru putera kedua Mak Cher (cucunda ke-28 dalam keluarga Wan Abdullah) yang lahir pada hari Sabtu, tanggal 11 Oktober 2008, jam 11.44 malam dengan berat badan 3.3kg.

Khamis, 2008 November 06

NUR AQILAH BT AZIZOL




Saksikan foto ahli terbaru keluarga Wan Abdullah (cucunda ke-29), puteri ke-2 dan cahaya mata Cik Jah dan Ayah Joe yang lahir pada hari Khamis, 30 Oktober, jam 1.10 tengahari, seberat 3.2 kg yang diberi nama Nur Aqilah.

Ahad, 2008 November 02

PERCUTIAN KE LANGKAWI







Percutian ayahngah sekeluarga selama 2H/1M di Langkawi pada 27 Oktober (ulangtahun ummi ke-36) yang lalu yang kebetulan serentak dengan cuti hari deepavali. Paling menarik ialah pengalaman menaiki 'Cable Car'.